SYAIR
Syair ialah satu lagi puisi tradisional dan ia berasal daripada kesusasteraan Arab. Ia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan pantun kecuali pada baris-baris setiap ayat ia mempunyai bunyi suku kata akhir yang sama. Ia tidak mempunyai sampiran malahan keempat-empat baris berkait rapat dan mempunyai hubungan yang kuat. Syair digunakan untuk bercerita. Banyak perkara yang menyentuh hal-hal ketuhanan, agama, sejarah, peristiwa telah dilukiskan gambarannya melalui syair.
Keduanya sama bercinta gundah,
Memandang putera paras yang indah;
Baginda menangis seraya bersabda,
Hendak dibawa bukannya mudah.
Hendak dibawa terlalu sukar,
Kerana berjalan di dalam belukar;
Semaklah dengan duri dan akar,
Lagipun panas bagai dibakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan