c

Sabtu, 27 April 2013

Pantun Melayu

Pantun merupakan salah satu daripada puisi Melayu Tradisional. Sebagaimana yang kita maklum budaya masyarakat  Melayu sangat mementingkan kehalusan dan keindahan dalam berbahasa. Hal ini lah yang terungkap dalam penyampaian pantun. Pantun merupakan salah satu warisan Melayu yang sangat halus bahasanya. Bahasanya  diukir daripada perkataan-perkataan yang indah,disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan bentuk irama yang menarik lagi memikat.

Pantun dikenali dengan bentuk terikat,Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang selalu digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya. 
Selain itu,dalam binaan pantun empat kerat misalnya dalam setiap rangkapnya akan mengandungi empat baris. Pada setiap baris terdiri daripada 3-4 patah perkataan. Bagi pantun yang elok binaannya seharusnya dalam setiap baris mestilah terdiri daripada 8-12 patah suku kata.  Manakala rima akhir pula mestilah a,b,a,b. Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah dan akhir pada setiap baris pantun itu.
Pantun biasanya mengandungi unsur-unsur pendidikan,nasihat,agama,sindiran,kiasan dan sebagainya.

Dalam  konteks pengajaran dan pembelajaran pantun dapat digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Guru boleh memilih pantun  yang sesuai bagi dijadikan bahan dalam pengajaran mereka.


Rabu, 17 April 2013

Alhamdulillah.

Assalamualaikum
bersyukur akhirnya dalam kesempitan masa saya dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa ini sebagai memenuhi tugasan KRT 3013.
Selain itu,dengan adanya blog yang indah itu bahasa ini moga dapat menjadi medium yang berguna untuk perkongsian ilmu mengenai bahasa kita. Semoga mendapat komen yang berguna daripada kawan-kawan semua.  In sya Allah.
Semoga catatan ini tidak hanya tertangguh di sini sahaja.