c

Sabtu, 25 Mei 2013

SYAIR

Syair ialah satu lagi puisi tradisional dan ia berasal daripada kesusasteraan Arab. Ia  mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan pantun kecuali pada baris-baris setiap ayat ia mempunyai bunyi suku kata akhir yang sama. Ia tidak mempunyai sampiran malahan keempat-empat baris berkait rapat dan mempunyai hubungan yang kuat. Syair digunakan untuk bercerita. Banyak perkara yang menyentuh hal-hal ketuhanan, agama, sejarah, peristiwa telah dilukiskan gambarannya melalui syair.

                                    Keduanya sama bercinta gundah,
                                                 Memandang putera  paras yang indah;
                                    Baginda menangis seraya bersabda,
                                                 Hendak dibawa bukannya mudah.

                                    Hendak dibawa terlalu sukar,
                                                 Kerana berjalan di dalam belukar;
                                    Semaklah dengan duri dan akar,
                                                 Lagipun panas bagai dibakar.
                                               
                                   




Khamis, 2 Mei 2013

PdP yang berkesan

Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan di mana dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Professor Madya Dr Salihan Siais, 2001 ). Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalankan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir di mana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam mereka bentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini (Zaini, I., 2001).

PENGAJARAN (Penyampaian) YANG BERKESAN

Menurut Dr. Zolazlan Hamidin, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, menyatakan pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:

• Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran
• Keperluan bahan pengajaran
• Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
• Kemahiran berkomunikasi.


terima kasih blog khairi

Sabtu, 27 April 2013

Pantun Melayu

Pantun merupakan salah satu daripada puisi Melayu Tradisional. Sebagaimana yang kita maklum budaya masyarakat  Melayu sangat mementingkan kehalusan dan keindahan dalam berbahasa. Hal ini lah yang terungkap dalam penyampaian pantun. Pantun merupakan salah satu warisan Melayu yang sangat halus bahasanya. Bahasanya  diukir daripada perkataan-perkataan yang indah,disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan bentuk irama yang menarik lagi memikat.

Pantun dikenali dengan bentuk terikat,Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang selalu digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya. 
Selain itu,dalam binaan pantun empat kerat misalnya dalam setiap rangkapnya akan mengandungi empat baris. Pada setiap baris terdiri daripada 3-4 patah perkataan. Bagi pantun yang elok binaannya seharusnya dalam setiap baris mestilah terdiri daripada 8-12 patah suku kata.  Manakala rima akhir pula mestilah a,b,a,b. Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah dan akhir pada setiap baris pantun itu.
Pantun biasanya mengandungi unsur-unsur pendidikan,nasihat,agama,sindiran,kiasan dan sebagainya.

Dalam  konteks pengajaran dan pembelajaran pantun dapat digunakan untuk menyampaikan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Guru boleh memilih pantun  yang sesuai bagi dijadikan bahan dalam pengajaran mereka.


Rabu, 17 April 2013

Alhamdulillah.

Assalamualaikum
bersyukur akhirnya dalam kesempitan masa saya dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa ini sebagai memenuhi tugasan KRT 3013.
Selain itu,dengan adanya blog yang indah itu bahasa ini moga dapat menjadi medium yang berguna untuk perkongsian ilmu mengenai bahasa kita. Semoga mendapat komen yang berguna daripada kawan-kawan semua.  In sya Allah.
Semoga catatan ini tidak hanya tertangguh di sini sahaja.