Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses
pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan di mana dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan
aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Professor Madya Dr Salihan
Siais, 2001 ). Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok,
bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan
serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran
yang telah dijalankan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya
perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara optimum dan berkesan. Kaedah pendidikan pada masa
kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir
di mana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif.
Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam
mereka bentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar
melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini
(Zaini, I., 2001).
PENGAJARAN (Penyampaian) YANG BERKESAN
Menurut Dr. Zolazlan Hamidin, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Putra Malaysia, menyatakan pengajaran berkesan ialah proses mengajar
yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar
yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah
laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat,
faham, menghayati bahan yang diajar. Pada asasnya, pengajaran berkesan
bergantung kepada:
• Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran
• Keperluan bahan pengajaran
• Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
• Kemahiran berkomunikasi.
terima kasih blog khairi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan